KUALA LUMPUR: Perbezaan usia bukan penghalang buat penyanyi tersohor Indonesia, Kris Dayanti, 51, tampil dengan persembahan yang memukau seramai 7,000 penonton kalangan generasi muda (Gen Z) yang membanjiri KL Festival Park di sini, malam tadi.

Kemunculan Kris Dayanti sempena festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 yang menggabungkan 19 artis popular dari dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia itu berlangsung selama dua hari, bermula semalam.

Menurut Kris Dayanti atau mesra disapa KD, dia berasa gembira kerana dapat membuat persembahan buat julung kalinya pada festival Ultra Kalcer Malaysia 2026 itu.

"Saya senang (gembira) sekali malam ini kerana kita tahu Ultra Kalcer ini adalah festival muzik anak-anak muda dan mungkin saya datang dari generasi yang berbeza dari anak-anak Ultra Kalcer.