LONDON: Lionel Messi terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terbaik dunia apabila mencipta sejarah menjadi pemain pertama dalam saingan Major League Soccer (MLS) memenangi anugerah Kasut Emas dua musim berturut-turut.
Bintang Inter Miami berusia 39 tahun itu meraih anugerah berkenaan selepas muncul penjaring terbanyak liga dengan meledak 26 gol sepanjang musim ini, sekali gus mengulangi pencapaian musim lalu apabila menjaringkan 29 gol.
Lebih menarik, Messi turut menjadi pemain keenam dalam sejarah MLS yang berjaya muncul penjaring terbanyak liga lebih daripada sekali.
Dia juga mendahului carta sumbangan gol musim ini dengan 43 jaringan dan bantuan gol.








