Paris: Bournemouth meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Europa apabila bangkit menewaskan Sparta Prague 3-1, manakala AC Milan terus bergelut selepas mengalami kekalahan ketiga dalam empat perlawanan.

Kemenangan di Prague itu menyaksikan Bournemouth mengekalkan rekod kemenangan sempurna dalam kempen Eropah musim ini, hasil kebangkitan selepas Sparta membuka jaringan menerusi Ebrima Singhateh yang melakukan larian solo menarik dari kawasan sendiri.

Skuad kendalian Marco Rose itu bagaimanapun mendapat kelebihan apabila tuan rumah kehilangan Tobias Guddal yang dilayangkan kad merah sebelum rehat, sebelum Tyler Adams menyamakan kedudukan pada minit ke-57.

Evanilson kemudian meletakkan Bournemouth di depan sembilan minit sebelum tamat permainan, manakala Rayan melengkapkan kemenangan menerusi jaringan pada penghujung aksi untuk memastikan The Cherries mencatat kemenangan keempat berturut-turut di pentas Eropah.