WASHINGTON: Perang Iran yang dimulakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersama Israel pada 28 Februari bakal berakhir susulan kekalahan parti Republikan untuk menguasai Dewan Perwakilan dan Dewan Senat di Kongres dalam pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa.
Ketua Demokrat di Senat, Chuck Schumer berkata, perang Iran mesti ditamatkan dan mencadangkan partinya yang menguasai majoriti kedua-dua dewan itu boleh menggunakan kuasa mengawal peruntukan dana kerajaan untuk mendesak konflik tersebut dihentikan.
“Perang ini mesti berakhir. Ia mesti berakhir,” kata Schumer kepada wartawan pada Rabu, sambil menyatakan bahawa kuasa peruntukan kewangan adalah antara cara untuk menghalang seorang presiden daripada melancarkan perang tanpa persetujuan rakyat Amerika.









