London: Pelawak dan pelakon British Russell Brand didapati bersalah pada Khamis atas satu pertuduhan merogol dan tiga pertuduhan serangan seksual, lapor Anadolu Ajansi.

Brand, 51, berdepan tujuh pertuduhan yang merangkumi tiga pertuduhan merogol, tiga pertuduhan serangan seksual dan satu pertuduhan cubaan melakukan serangan tidak senonoh.

Dakwaan berkenaan membabitkan kejadian antara 1999 hingga 2009.

Enam wanita yang terbabit dalam kes itu berhak mendapat kerahsiaan identiti sepanjang hayat.