LONDON: Pelawak dan pelakon British, Russell Brand, semalam didapati bersalah atas satu pertuduhan merogol serta tiga pertuduhan serangan seksual, lapor Anadolu Ajansi.
Brand, 51, menghadapi tujuh pertuduhan membabitkan tiga pertuduhan merogol, tiga pertuduhan serangan seksual, serta satu pertuduhan cubaan melakukan serangan tidak senonoh yang didakwa berlaku antara 1999 hingga 2009.
Enam wanita terbabit dalam kes berkenaan berhak mendapat kerahsiaan identiti sepanjang hayat.
Hakim Justice Bennathan berkata kepada Brand: "Duduk, Encik Brand", selepas keputusan bersalah diumumkan.









