GLOBAL | Pelawak dan pelakon British, Russell Brand, didapati bersalah atas satu pertuduhan merogol dan tiga pertuduhan serangan seksual, lapor Anadolu Ajansi.

Brand, 51, berdepan tujuh pertuduhan yang merangkumi tiga pertuduhan merogol, tiga pertuduhan serangan seksual dan satu pertuduhan cubaan melakukan serangan tidak senonoh.

Enam wanita yang terlibat dalam kes itu berhak mendapat kerahsiaan identiti sepanjang hayat.

"Duduk, Encik Brand," kata hakim yang mengendalikan kes itu, Justice Bennathan, selepas keputusan diumumkan.