Kuching: Penyerang Kuching City FC, Safawi Rasid mahu menjadikan kejayaan meledak dua gol ketika membantu pasukannya menewaskan Gangwon FC sebagai pembakar semangat menjelang tugasan bersama skuad kebangsaan.
Safawi yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan berkata kemenangan 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL2) itu merupakan hasil kerjasama seluruh pemain dan barisan kejurulatihan, bukannya kejayaan individu semata-mata.
Menurutnya, setiap jaringan yang dihasilkan pastinya memberikan kegembiraan kepada seseorang pemain, namun perkara lebih penting adalah memastikan momentum positif itu dapat diteruskan dalam perlawanan seterusnya.
"Pujian juga harus diberikan kepada semua pemain yang selalu menyokong saya, jadi kemenangan ini adalah untuk semua, pasukan dan penyokong.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2020%2F05%2F176bbe40dc4972b3b6b2b04546266e45.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


