LIVERPOOL: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan kekalahan mengejut kepada pasukan divisyen keempat, Fleetwood Town dalam saingan Piala Liga sebagai pembakar semangat buat skuad kendaliannya untuk bangkit menewaskan Liverpool 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Arteta mengakui keputusan mengecewakan itu memberi suntikan motivasi tambahan kepada pemainnya untuk membuktikan kemampuan sebenar ketika berkunjung ke Anfield, sekali gus meraih kemenangan pertama liga di gelanggang keramat Liverpool itu selepas 14 tahun.

Kemenangan tersebut hadir menerusi jaringan Kai Havertz pada minit ke-16, sekali gus membolehkan Arsenal mengukuhkan kedudukan di puncak liga dengan kelebihan tiga mata berbanding Manchester City. Menurut Arteta, beliau melihat reaksi luar biasa dipamerkan pemainnya selepas tersingkir daripada Piala Liga, terutama apabila mereka berjaya menampilkan aksi berdisiplin untuk mengekang asakan tuan rumah sepanjang perlawanan.