KUALA LUMPUR: Polis mula memperketatkan laluan masuk di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Jalan Langgak Duta, di sini, sebagai persediaan menyambut kepulangannya selaras dengan arahan perintah tahanan rumah.
Najib, 73, berkemungkinan akan dibenarkan pulang ke kediamannya selepas dilaporkan telah menjelaskan bayaran yang ditetapkan.
Sejak pukul 10.30 pagi tadi, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, mula tiba di kawasan kediaman Najib.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam, bersama timbalannya dilihat tiba ke lokasi sama pada 10.45 pagi.








