Kuala Lumpur: Polis Daerah Sentul menyatakan langkah pihaknya mengawasi kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah sebagai persediaan kawalan keselamatan.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, persediaan ini adalah sebagai langkah awal sekiranya Najib dibenarkan menjalani perintah tahanan rumah di Jalan Langgak Duta, di sini, hari ini.
"Ya kita buat persediaan untuk kawalan dan pengawasan di sekitar laluan masuk ke kediaman Datuk Seri Najib bermula pagi ini.
"Setakat ini, kami belum memperoleh sebarang maklumat tepat. Namun kami (polis) bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan," katanya kepada wartawan, hari ini.









