Paris: Carlos Alcaraz meneruskan kemaraan ke suku akhir Masters Paris tanpa perlu memerah keringat apabila lawannya dari Itali, Matteo Berrettini menarik diri akibat kecederaan siku menjelang pertemuan pusingan 16 terbaik.
Penarikan diri Berrettini itu menyaksikan pemain Sepanyol berkenaan hanya perlu mengharungi satu perlawanan untuk melangkah ke kelompok lapan terbaik selepas mendapat laluan percuma pada pusingan pertama sebagai pemain pilihan lapan terbaik.
Juara Grand Slam tujuh kali itu sebelum ini menewaskan Alex Michelsen dalam aksi dua set untuk mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik sebelum dijadualkan bertemu Berrettini.
Menerusi media sosial, Berrettini memaklumkan kesakitan pada lengannya yang dialami sejak beberapa hari lalu menghalangnya daripada meneruskan saingan.








