KAUALA LUMPUR: Empat dekad mengabdikan diri dalam dunia seni bukan tempoh yang singkat, namun bagi Ratu Irama Tradisional, Noraniza Idris, perjalanan itu belum lengkap selagi impian yang sekian lama tersimpan belum menjadi kenyataan.
Tidak lagi mengejar populariti, penyanyi yang popular menerusi lagu Hati Kama itu kini mahu memanfaatkan peluang yang masih terbuka untuk melunaskan cita-cita sebelum melabuhkan tirai perjalanan seninya.
Pada usia 58 tahun, Noraniza menganggap peluang untuk terus berkarya sebagai satu bonus, apatah lagi suaminya sudah menyarankan supaya dia berehat daripada dunia seni dan menikmati kehidupan selepas sekian lama bergelar anak seni.
Bagaimanapun, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani berkata, dia masih menyimpan beberapa impian yang mahu direalisasikan, termasuk mengadakan konsert berskala besar dan menghasilkan album penuh sebelum bersara sepenuhnya.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2020%2F05%2F176bbe40dc4972b3b6b2b04546266e45.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

