Shanghai: Enam robot yang menjalani syif selama 24 jam di sebuah kedai serbaneka di Shanghai, China, berdepan penilaian mengejut apabila dua daripadanya dipecat sebaik sahaja tamat tugasan, lapor portal Oddee.

Eksperimen dijalankan pengeluar robot, Agibot, itu bertujuan menguji kemampuan mesin keluarannya, model G2, melaksanakan tugasan seperti pekerja manusia dalam sektor peruncitan.

Difahamkan, sepanjang tempoh 24 jam itu, robot berkenaan ditugaskan menyambut pelanggan, menyusun barangan di rak, membersihkan kedai, membuang sampah dan menyediakan makanan serta minuman.

Ujian itu turut membabitkan pelanggan yang sengaja menyukarkan tugas robot dengan menghalang laluan, membaling objek di hadapan mereka serta cuba mengambil bekas yang sedang dikendalikan.