Valencia: Real Madrid menyamai mata pendahulu La Liga, Barcelona, selepas mencatat kemenangan 3-0 di laman Valencia, ketika bola sepak Sepanyol memberi penghormatan kepada Jesus de Miguel.

Penyerang Tenerife itu meninggal dunia pada Selasa selepas bertembung dengan penjaga gol Andorra dalam perlawanan divisyen dua Sepanyol pada Isnin.

Perlawanan di seluruh negara dihentikan pada minit kesembilan sebagai penghormatan kepada pemain yang memakai jersi nombor sembilan itu.

Di Tenerife, penyokong dan pemain berkumpul di stadium bagi upacara memperingati serta memberikan penghormatan terakhir kepada De Miguel.