BARCELONA: China mengadakan komunikasi dengan Real Madrid dan La Liga susulan kontroversi membabitkan kenyataan penyerang Perancis, Kylian Mbappe mengenai pemimpin pengasas negara itu, Mao Zedong.
Duta China ke Sepanyol, Yao Jing berkata, pihaknya sedang berhubung dengan kedua-dua organisasi bola sepak berkenaan bagi menangani kesan daripada kenyataan Mbappe yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat China.
"Tiada rundingan dilakukan, tetapi komunikasi sedang berlangsung berasaskan persefahaman bersama," katanya kepada agensi berita Sepanyol, EFE.
Beliau turut menyifatkan insiden itu sebagai sesuatu yang mendukacitakan kerana menyinggung perasaan ramai rakyat China.








