Madrid: Real Madrid tampil memohon maaf kepada rakyat China susulan kontroversi membabitkan penyerangnya, Kylian Mbappe, yang mencetuskan kemarahan selepas merujuk bekas pemimpin negara itu, Mao Zedong, sebagai diktator.
Dalam kenyataan rasmi pada Rabu, kelab gergasi Sepanyol itu menyuarakan kekesalan terhadap kenyataan pemain Perancis berkenaan yang menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat China.
"Real Madrid CF ingin memohon maaf kepada rakyat China atas sebarang rasa tidak senang yang timbul susulan kenyataan terbaharu pemain kami, Kylian Mbappe," menurut kenyataan kelab itu.
Real Madrid turut menegaskan penghormatan mendalam terhadap China, termasuk sejarah, budaya dan rakyatnya, selain jutaan penyokong di negara berkenaan yang meminati kelab itu.








