SUNGAI PETANI – Seorang penunggang motosikal maut, manakala rakannya mengalami kecederaan parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 96.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), tengah malam Jumaat.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian dikenal pasti sebagai Mohd Khairul A'zami Mohd Nazeri, 23.Rakannya yang turut berusia 23 tahun dan berasal dari kampung sama pula mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal Yamaha Y15ZR sedang dalam perjalanan dari arah Alor Setar menuju ke Sungai Petani melalui lorong kiri lebuh raya.Mereka kemudian mengambil keputusan untuk berhenti dan berteduh daripada hujan di bawah struktur jejambat.Bagaimanapun, ketika cuba mengelak sebuah motosikal lain yang turut berhenti untuk berteduh, motosikal dinaiki mereka dipercayai bergesel sesama sendiri sebelum terkena bahagian sisi sebuah treler yang berada di lorong sama."Akibat pelanggaran itu, kedua-dua penunggang tercampak ke bawah bahagian tengah treler sebelum digilis dan diseret," katanya.Mayat mangsa yang maut dihantar ke Jabatan Forensik HSAH bagi menjalani proses bedah siasat.Sementara itu, pemandu treler berusia 40 tahun didapati negatif ujian saringan dadah.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Dalam pada itu, pihak berkuasa mengingatkan penunggang motosikal supaya tidak berhenti di lorong kecemasan atau di bawah jejambat lebuh raya untuk berteduh kerana tindakan tersebut boleh mengundang risiko kemalangan.
Mahu berteduh ketika hujan, penunggang motosikal maut digilis, diseret treler bawah jejambat

Key takeaways
Seorang penunggang motosikal maut dan rakannya cedera parah selepas motosikal mereka terlibat dalam kemalangan dengan treler di PLUS.
- Kemalangan berlaku semasa kedua-dua mangsa berhenti berteduh di bawah jejambat.
- Mangsa maut dihantar ke Jabatan Forensik HSAH untuk bedah siasat.
- Kedua-dua mangsa menaiki motosikal Yamaha Y15ZR ketika kejadian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Utusan Malaysia , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Alasan berteduh hujan, pasangan kekasih ditahan khalwat
- Utusan Malaysia Maut ketika cuba berteduh bawah jejambat ketika hujan
- Sinar Harian Mahu berteduh ketika hujan, penunggang motosikal maut digilis, diseret treler bawah jejambat (this story)









