KUALA LUMPUR - Kerjasama antara syarikat perladangan dengan pekebun kecil sawit bagi meningkatkan hasil dan pendapatan kedua-dua pihak akan dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, cadangan khusus perlu dirangka bagi membolehkan syarikat perladangan membantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti dan mutu hasil, sekali gus memperoleh pulangan lebih baik."Sektor perladangan memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara, namun jurang antara syarikat perladangan yang berjaya dengan pekebun kecil berpendapatan rendah masih perlu ditangani," kata beliau.Perdana Menteri berkata demikian ketika menjadi moderator Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri Ke-14 bertemakan "Daya Tahan Negara dalam Keterjaminan Makanan bagi Mendepani Ketidaktentuan Global" di sini malam ini.Forum anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi bersama-sama SD Guthrie Bhd itu turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PNB Research Institute Dr Sarena Che Omar sebagai ahli panel.Sementara itu, Anwar berkata, beliau pernah menyarankan supaya syarikat perladangan bekerjasama dengan pekebun kecil ketika bertemu wakil sektor itu di Taiping, Perak kira-kira dua hingga tiga tahun lepas."Saya turut menyentuh masalah kekurangan modal, produktiviti rendah dan kelemahan sistem pemasaran yang sekian lama menjejaskan petani kecil serta nelayan," kata beliau.Sementara itu, Presiden dan CEO kumpulan SD Guthrie, Mohd Haris Mohd Arshad berkata, hasil minyak sawit pekebun kecil bebas adalah sekitar dua tan sehektar berbanding empat tan sehektar yang direkodkan syarikat itu."Pokok yang semakin tua serta kekurangan sokongan untuk pembajaan dan penanaman semula antara faktor yang menyumbang kepada jurang produktiviti itu."Satu model yang boleh dicontohi ialah kerjasama di Indonesia, dengan syarikat perladangan menanggung kos penanaman semula dan pekebun kecil kemudian menjual hasil sawit kepada syarikat berkenaan," katanya. - Bernama
Kerjasama syarikat perladangan, pekebun kecil sawit dibangkitkan di kabinet minggu depan - Anwar

Key takeaways
Kerjasama antara syarikat perladangan dan pekebun kecil sawit akan dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet minggu depan untuk meningkatkan hasil dan pendapatan.
- Perdana Menteri menyatakan perlu rangka khusus untuk bantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti.
- Jurang antara syarikat perladangan dan pekebun kecil perlu ditangani untuk pulangan yang lebih baik.
- Hasil minyak sawit pekebun kecil adalah dua tan sehektar berbanding empat tan syarikat perladangan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Kerjasama syarikat perladangan, pekebun kecil sawit dibangkitkan di kabinet minggu depan - Anwar (this story)








