KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mempertimbangkan kelulusan pengambilan pekerja asing bagi kerja penuaian buah kelapa sawit dengan syarat industri berkenaan komited mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja terbabit menerusi penggunaan mekanisasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau akan mempertimbang permohonan berkenaan secara positif dan membawanya kepada perhatian menteri yang bertanggungjawab.

Beliau berkata, syarikat perladangan besar masih belum melabur secukupnya dalam mekanisasi bagi mengurangkan keperluan tenaga kerja, walaupun memperoleh keuntungan yang tinggi.

"Sebuah syarikat memperoleh keuntungan RM1 bilion. Apabila gaji dinaikkan RM20 sebulan, mereka membantah. Sehinggalah kerajaan terpaksa mewajibkannya.