Kuala Selangor: Penduduk di Taman Saujana Aman, di sini sudah lali dan menganggap banjir di kawasan itu sebagai acara tahunan disebabkan kekerapan bencana itu saban tahun.

Bagi Mohd Farid Ghazali, 40, beliau sekeluarga sudah nekad tidak mahu membeli perabot atau barangan elektrik baharu kerana enggan menanggung kerugian lagi.

Menurut Mohd Farid yang juga juruteknik sebuah syarikat swasta, dia dan lima ahli keluarga ketika ini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Aman, Desa Coalfields.

"Semasa kejadian sekitar jam 4.30 pagi, saya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi bising dari luar. Saya lihat jiran mengeluarkan kenderaan mereka untuk diletakkan di tempat tinggi.