London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji mentaliti kemenangan dan keazaman Declan Rice untuk terus meningkatkan prestasinya selepas pemain tengah England itu mempamerkan aksi cemerlang bersama The Gunners musim ini.
Arteta menyifatkan Rice sebagai pemain yang sentiasa dahagakan peningkatan, malah tidak pernah berpuas hati dengan kemampuan dimiliki biarpun sudah menjadi antara tonggak penting pasukan.
Pemain berusia 27 tahun itu mencatat lima bantuan jaringan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), jumlah tertinggi dalam saingan berkenaan setakat ini, selain meledak satu gol dalam Liga Juara-Juara selepas membuat 14 penampilan dalam semua pertandingan.
"Dia mempunyai mentaliti untuk turun ke padang dan memenangi perlawanan, selain menambah satu lagi dimensi dalam permainannya, menghadirkan ancaman berbeza dan menjadi pemain yang lebih sukar dijangka.









