GEORGE TOWN – Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung video tular di media sosial yang mendakwa berlaku salah laku membabitkan anggota pasukan itu ketika bertugas di Puncak Erskine, Jalan Fettes di Tanjung Tokong, di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya mengesan video itu hari ini, susulan penyebarannya di media sosial yang menarik perhatian masyarakat.
“Satu laporan diterima daripada anggota polis yang terbabit dan dia menafikan dakwaan berlaku salah laku rasuah semasa pemeriksaan dijalankan.
“Ekoran itu polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kejadian yang dipaparkan dalam video tular itu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan ker









