SANAA: Houthi menuntut pampasan AS$51 bilion (RM207 bilion) daripada Arab Saudi dan pengiktirafan sebagai pihak berkuasa sah Yaman dalam rundingan dengan Riyadh, lapor The Wall Street Journal (WSJ), memetik sumber yang mengetahui rundingan itu.
Akhbar berkenaan melaporkan angka pampasan lain turut dibincangkan kemudian tetapi sebarang penyelesaian dijangka melibatkan pembayaran berpuluh-puluh bilion dolar.
Ia sekali gus menggambarkan halangan kewangan dan politik yang dihadapi dalam rundingan antara Arab Saudi dengan Houthi yang menguasai ibu negara Yemen, Sanaa.
Bagaimanapun, seorang wartawan yang berpihak kepada Houthi mempertikaikan dakwaan itu ketika mengulas kepada The New Arab, dengan menolak angka AS$51 bilion yang dilaporkan dan dakwaan bahawa gerakan itu menuntut pengiktirafan Arab Saudi.









