SEMALAM Manchester United meraikan ulang tahun ke-40 ketika mereka membuat keputusan paling tepat dalam sejarah pasukan dengan melantik Sir Alex Ferguson pada November 1986.

Bagaimanapun, selepas pemergian beliau pada 2013, United seakan terkena sumpahan apabila masih belum menemui pengganti yang benar-benar mampu untuk mengembalikan zaman kegemilangan itu.

Dalam tempoh 13 tahun, United sudah melantik tujuh pengendali tetap, namun belum ada seorang pun yang mampu memberikan petanda bahawa kelab itu mampu menikmati semula era kehebatan melainkan setiap musim menyaksikan pengurus mereka berdepan pemecatan.

Selepas hampir dua bulan dan mengharungi sembilan perlawanan, pertengahan minggu lalu menyaksikan mereka belum terlupa cara untuk meraikan kemenangan apabila mencipta kebangkitan magis membenam AS Roma pada aksi Liga Juara-Juara (UCL).