KUALA LUMPUR: Laman web korporat Bank Rakyat dilaporkan tidak dapat diakses buat sementara waktu.
Menerusi pemakluman kepada pelanggan, bank itu menasihatkan orang ramai supaya menggunakan saluran alternatif bagi mendapatkan perkhidmatan perbankan digital sepanjang tempoh berkenaan.
Antara platform yang boleh digunakan ialah aplikasi iRakyat, BRICK, QR2E dan i-bizRAKYAT.
Bank Rakyat turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pelanggan serta menghargai kesabaran mereka sepanjang gangguan berkenaan.









