Tangga Batu: Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PAS tidak akan menjejaskan hak serta kepentingan masyarakat bukan Melayu berdasarkan pengalaman kedua-dua parti itu yang pernah bekerjasama dalam kerajaan sebelum ini.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sendiri tidak pernah menyaksikan keadaan yang menyebabkan parti komponen BN iaitu MCA dan MIC berasa tidak senang dengan kehadiran atau pandangan menteri daripada PAS ketika berada dalam kerajaan terdahulu.
Menurutnya, perbezaan pandangan antara parti adalah perkara biasa namun ia boleh dikendalikan secara harmoni tanpa mengancam kepentingan mana-mana kaum.
"Saya sebagai saksi hidup yang pernah bekerjasama dengan PAS di peringkat Persekutuan… saya pun tidak ada masalah.









