PRN Melaka menjadi pilihan raya kedua selepas Negeri Sembilan menyaksikan BN-PN mengadakan persefahaman politik.PETALING JAYA: Melaka mungkin menjadi contoh pengurusan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tetapi ujian sebenar apabila Umno perlu menerima kedudukan sebagai 'rakan kecil' di negeri dikuasai PAS, kata penganalisis.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar, berkata formula kerjasama di Melaka tidak semestinya boleh diterjemahkan secara langsung ke negeri lain kerana setiap negeri mempunyai komposisi politik, sejarah persaingan dan keseimbangan kekuatan parti berbeza.
Hisommudin Bakar.Katanya, Umno mempunyai asas sokongan kuat di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan, sekali gus membolehkan BN bertanding lebih banyak kerusi berbanding PAS dan PN.








