Kapal tempur pesisir (LCS) pertama disasarkan untuk diserahkan secara fizikal pada April 2027.PETALING JAYA: Anwar Ibrahim boleh menggunakan kejayaan menyiapkan projek kapal tempur pesisir (LCS) sebagai bukti keupayaan beliau dalam mentadbir negara serta membezakannya daripada rekod Umno, kata penganalisis.
Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri daripada Global Asia Consulting berkata, kejayaan menyiapkan projek itu akan menunjukkan bahawa pentadbiran Anwar mampu menyelesaikan masalah yang berlarutan sekian lama, dan bukannya sekadar memastikan kerajaan perpaduan terus kekal.
“Kestabilan politik tidak banyak ertinya jika kerajaan stabil tetapi projeknya masih tidak stabil,” katanya.
Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.Beliau berkata, menyiapkan kapal itu dengan disiplin kewangan dan tadbir urus perolehan yang lebih kukuh akan membolehkan Anwar membezakan pentadbirannya daripada pentadbiran terdahulu tanpa mengkritik secara langsung Umno, rakan dalam gabungan kerajaan.









