Penganalisis berkata kelebihan utama Anwar Ibrahim terletak pada pengalamannya yang panjang dalam aktiviti kemasyarakatan dan NGO sejak usia muda sebelum menyertai politik. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Cabaran Perikatan Nasional (PN) menampilkan figura bagi menandingi karisma Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri adalah berpunca daripada kegagalan gabungan itu membina imej kepimpinan merentasi pelbagai kaum, ideologi dan generasi, kata penganalisis.

Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya berkata, PN sebenarnya mempunyai beberapa pemimpin berpengalaman seperti Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin untuk diketengahkan sebagai calon perdana menteri.

"Saya melihat Samsuri dan Hamzah mempunyai kekuatan kepimpinan yang berbeza. Samsuri membawa imej teknokrat, profesional dan pengalaman mentadbir Terengganu manakala Hamzah mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan persekutuan serta politik nasional.