KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita negara, Noraqilah Maisarah Ramdan semakin hampir kembali ke gelanggang selepas berehat hampir dua bulan akibat kecederaan buku lali kiri dan dijangka menyertai Terbuka Hong Kong dari 17 hingga 22 November ini.

Ketua jurulatih beregu wanita kebangsaan, Rosman Razak berkata, beliau melihat perkembangan pemain itu semakin positif sekali gus tidak berdepan masalah sekiranya beraksi pada kejohanan berkenaan.

Katanya, meskipun menunjukkan perkembangan positif di gelanggang, kejohanan Masters Kumamoto yang akan bermula Selasa ini dilihat terlalu awal untuk Noraqilah bergandingan dengan Low Zi Yu.

"Untuk Kumamoto mungkin agak sukar, tetapi perkembangan pemulihannya sangat baik," katanya.