Klang: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menyita 27,984 kilogram (kg) daging kerbau sejuk beku dari India di Pelabuhan Klang, semalam, kerana disyaki memiliki sijil halal meragukan.
Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, daging yang dianggarkan bernilai RM413,728 dikesan selepas dibawa masuk dari negara India kelmarin.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan Pegawai Penguat Kuasa AKPS pada jam 10.40 pagi, mendapati dokumen sijil halal dikemukakan dengan maklumat diisytiharkan pada permit import, tidak sepadan.
"Dokumen berkenaan didapati mengandungi maklumat yang tidak selaras dengan pengisytiharan, sebelum kami menyita satu konsainan dagangan komoditi haiwan membabitkan 27,984 kg daging kerbau," katanya dalam kenyataan hari ini.









