KUALA LUMPUR: Suasana suram Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika ini dipercaya berpunca daripada parti bertanding bergantung kepada perang siber dan "kelesuan politik" di kalangan segelintir pengundi.

Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan serta Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata keadaan itu berlaku walaupun jumlah pengundi muda berusia 18 hingga 40 tahun di negeri itu tinggi.

Katanya, PRN Melaka masih kurang panas, mungkin disebabkan faktor tertentu, termasuklah elemen perang siber ataupun perang saraf yang bergerak di media sosial.

"Parti-parti politik mungkin menumpukan banyak perbincangan dan penyertaan awam dalam media sosial.