PUTRAJAYA: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan tempat letak kereta bertingkat di sebuah pangsapuri penjawat awam di sini hari ini.
Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham ketika dihubungi hari ini.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tempat letak kereta bertingkat sebelum ditemukan oleh seorang saksi awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa ditemukan di kawasan berhampiran bangunan tersebut kira-kira pukul 5.45 pagi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.









