MELAKA: Pengalaman luas calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin dalam pentadbiran kerajaan diyakini menjadi ramuan terbaik bagi memberikan perkhidmatan cemerlang jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata Azman atau lebih mesra disapa sebagai Tok Man, juga mempunyai rekod kerja yang baik dalam setiap jawatan disadang selama ini.
"Saya kenal Tok Man sudah lama, sejak beliau jadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor (Allahyarham) Tan Sri Khalid Ibrahim dan saya perhatikan beliau memang tahu selok-belok dan urusan baik kepada rakyat mahupun negeri.










