Kuala Lumpur: Pengguna jalan raya sekitar Lembah Klang digesa berwaspada dan meletakkan keselamatan sebagai keutamaan ketika melintasi 56 lokasi 'hotspot' serta 232 kawasan berisiko banjir sepanjang musim monsun ini.
Pengasas Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (RSEA) Jamil Manan Supri berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, Daerah Klang mencatatkan lokasi hotspot tertinggi iaitu 13 lokasi, diikuti Petaling (11 lokasi) dan Gombak (10 lokasi).
Menurutnya, antara kawasan berisiko tinggi di Selangor memerlukan perhatian khusus pemandu merangkumi Taman Sri Muda, Seksyen 7 dan 13 di Shah Alam, Bukit Raja, Kapar, Kampung Rantau Panjang serta Jalan Kebun di Klang.








