SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tidak akan dibiar terbubar sendiri, sebaliknya persidangan akan diusahakan supaya dapat berlangsung mengikut jadual dirancang.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, berkata segala persiapan membabitkan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan telah dimuktamadkan dan kerajaan negeri kini hanya menunggu penetapan tarikh rasmi untuk memulakan persidangan berkenaan.

"Dari segi belanjawan ini, persediaan pun dah sedia semuanya. Kita pun dah muktamadkan belanjawan dan hanya menunggu tarikh untuk kita adakan sidang DUN.

"Sebaik mungkin kita cuba laksanakan mengikut jadual, tidak timbul soal DUN akan terbubar. Insya-Allah, sebagai ketua kerajaan negeri saya tidak akan biarkan DUN terbubar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Penasihat Khas Hal Ehwal Masyarakat India Datuk VS Mogan di sini hari ini.