KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan pemantauan berterusan terhadap kandungan dalam talian bagi mengesan kegiatan haram dan berisiko di media sosial.
MCMC memaklumkan, ia termasuk meneliti aduan orang awam serta maklumat diterima daripada agensi penguatkuasaan bagi mengenal pasti kemungkinan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasanya.
"Sekiranya kandungan atau aktiviti dikenal pasti membabitkan pelanggaran Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) atau Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), MCMC boleh mengambil tindakan kawal selia atau penguatkuasaan bersesuaian tertakluk kepada peruntukan undang undang.
"Bagi kesalahan berada di bawah bidang kuasa agensi penguatkuasaan lain seperti kegiatan pertubuhan haram yang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), MCMC akan memberikan kerjasama dan bantuan teknikal diperlukan bagi menyokong siasatan dan tindakan penguatkuasaan agensi berkenaan.









