Melaka: Penyokong Barisan Nasional (BN) wajib menterjemahkan persefahaman kerjasama bersama Perikatan Nasional (PN) menerusi sokongan kepada calon PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.
Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata, sokongan silang antara parti itu adalah sebahagian daripada persefahaman pilihan raya yang perlu dipatuhi, khususnya di kawasan yang tidak ditandingi calon BN.
"Sampaikan kepada rakan-rakan kita, sebagai contoh di Bukit Katil kerana di situ ada calon PAS dan kita tidak meletakkan calon BN.
"Di sana, pengundi UMNO dan BN wajib memberikan sokongan kepada PN-PAS," katanya ketika berkempen di Duyong.









