Johor Bahru: Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki disyaki membakar mercun di atas jalan raya utama berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai, di sini, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Azrol Anuar Nor berkata, kejadian itu dikesan menerusi video tular di Facebook yang dimuat naik akaun Community Roda Johor-CRJ pada 1.30 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi pada 1.45 pagi untuk menjalankan pemeriksaan.

"Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi, kumpulan lelaki terbabit didapati sudah meninggalkan kawasan kejadian. Pemeriksaan lanjut hanya menemukan kesan pembakaran mercun.