JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan tujuh lelaki warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Taman Bukit Indah, Skudai, di sini, sehingga menyebabkan sebuah kereta milik orang awam rosak.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima daripada seorang wanita warga tempatan para kira-kira jam 10.27 malam, Selasa.Menurutnya, siasatan awal mendapati pergaduhan membabitkan tujuh lelaki warga tempatan di luar kawasan pusat beli-belah berkenaan."Pergaduhan itu menyebabkan sebuah kereta milik orang awam yang diletakkan di sekitar kawasan kejadian mengalami kerosakan."Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau hotline 07-5114486 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan sehingga boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan rakyat di negeri Johor.
Polis buru tujuh lelaki bergaduh depan pusat beli-belah

Key takeaways
Polis sedang mencari tujuh lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di depan pusat beli-belah, menyebabkan kereta rosak.
- Pergaduhan melibatkan tujuh lelaki warga tempatan di Taman Bukit Indah.
- Kereta orang awam rosak akibat pergaduhan tersebut.
- Polis menyiasat kes mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Polis buru lelaki warga asing simbah asid pada kekasih
- Sinar Harian Polis buru tujuh lelaki bergaduh depan pusat beli-belah (this story)







