SHAH ALAM - Keputusan Lembaga Pengampunan yang memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah amat jelas dan tidak boleh disalah tafsir.Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, keputusan tersebut perlu dilaksanakan mengikut apa yang sudah diputuskan tanpa sebarang penyimpangan.Menurut beliau, Perkara 42(9) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa sebelum memberikan nasihat mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan dikehendaki mempertimbangkan pendapat bertulis yang mungkin sudah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenainya."Sudah tentu pandangan Peguam Negara bagi tujuan pengampunan itu mestilah memihak kepada pemberian pengampunan berkenaan."Jadi, mengapa Peguam Negara kini seolah-olah berubah-ubah pendirian berhubung perkara pengampunan? Keadaan ini amat tidak munasabah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau dalam masa sama bersetuju dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bahawa tiada sebarang ambiguiti dalam keputusan Lembaga Pengampunan.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang – Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraMohamed Apandi menambah, di bawah Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi, sementara Perkara 5 pula memperuntukkan hak berkenaan kebebasan diri."Undang-undang terpakai kepada semua pihak, rujuk Perkara 8 (kesamarataan) Perlembagaan Persekutuan," ujar beliau.Untuk rekod, Perkara 8(1) antara lain menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan.Terdahulu, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam kenyataan pada September lalu memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Pada Jumaat lalu, peguam Najib iaitu Muhammad Farhan Shafee mengesahkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu selesai melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada Julai 2020, Najib yang disabitkan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC didenda RM210 juta dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun yang kemudian dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022.Bagaimanapun pada 2 Februari 2024, Urus Setia Lembaga Pengampunan mengumumkan Najib diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara iaitu dari 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan dari RM210 juta kepada RM50 juta.