ISTANBUL: Kerajaan akan membincangkan sasaran Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D-8) untuk meningkatkan perdagangan sesama negara anggota kepada lebih AS$500 bilion menjelang 2030.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum mengemukakannya pada mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sasaran itu berpotensi dicapai menerusi beberapa langkah proaktif.
"Kita melihat perdagangan sesama negara anggota atau perdagangan intra-D8 meningkat kepada lebih AS$500 bilion menjelang 2030.









