SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur perlu memberikan penjelasan lanjut berhubung penggunaan perkataan 'discharge' dan makna di sebaliknya dalam dokumen Perintah Mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Aktivis politik yang juga bekas Peguam Kanan Persekutuan, Liyana Marzuki berkata, timbul pertikaian apabila perkataan 'discharge' dan 'forthwith' digunakan di mana menurut istilah perundangan, ia bermaksud 'dilepaskan serta-merta'.Hal ini menurutnya, ia seolah-olah memberi makna bahawa Najib mesti dilepaskan serta-merta dan terus bebas setelah membayar denda RM50 juta pada Jumaat lalu."Walhal Perintah Pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hanya memberikan pengampunan secara tahanan di rumah, bukannya pengampunan penuh."Baginda betul dengan mengatakan tiada keraguan dalam Perintah Pengampunan Bersyarat tersebut. Yang menjadi isu, Perintah Mahkamah ini perlu penjelasan lanjut."Bagi mengelakkan kekeliruan, saya rasa lebih afdal guna perkataan 'transfer' bukannya 'discharge' kerana dari satu penjara ke penjara yang lain iaitu di rumah Najib di Langgak Duta yang telah diwartakan sebagai penjara," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan Perintah Pengampunan Bersyarat bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintahnya.Seri Paduka Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Susulan itu, AGC mengeluarkan kenyataan sambil menegaskan tidak pernah mempertikai, mengetepikan atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong kepada bekas ahli Parlimen Pekan terbabit.Jelas AGC, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif pengampunan Seri Paduka Baginda sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Mengulas lanjut, Liyana berpandangan, takrifan 'discharge' iaitu lepas dan 'transfer' yang membawa erti pindah dalam tahanan mempunyai perbezaan cukup besar.Pada hemat beliau, penggunaan bahasa yang agak teknikal dalam laras perundangan termasuk tanda bacaan mesti dibuat dengan berpada-pada kerana ia mampu membawa implikasi besar di kemudian hari."Saya difahamkan selepas peguam Najib membayar denda RM50 juta di mahkamah, mereka dapat 'Order of Discharge' ini. Secara ex-parte, sebelah pihak dan tiada wakil AGC."Jadi, bila ada pertikaian perlulah ada penjelasan. Disebabkan (beri Perintah Mahkamah) hari Jumaat dan cuti umum Sambutan Hari Deepavali, cuma Selasa sahaja pegawai AGC boleh ke mahkamah untuk cuba dapatkan penjelasan secara jelas dan teratur."Terkait kes 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) pula kalau sudah lepas dan bebas untuk kes SRC, bagaimana den
'Lebih afdal guna 'transfer' berbanding 'discharge' dalam surat perintah mahkamah Najib' - Liyana

Key takeaways
Liyana menyarankan penggunaan perkataan 'transfer' daripada 'discharge' dalam perintah mahkamah Najib untuk mengelak kekeliruan.
- Liyana mempertikaikan penggunaan perkataan 'discharge' dalam perintah mahkamah Najib.
- Ia menyarankan 'transfer' digunakan kerana maknanya lebih jelas.
- Perintah Pengampunan Bersyarat hanya memberi pengampunan tahanan di rumah, bukan penuh.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AISYAH BASARUDDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Jadual JDT lebih padat berbanding Real, Barcelona
- Sinar Harian 'Lebih afdal guna 'transfer' berbanding 'discharge' dalam surat perintah mahkamah Najib' - Liyana (this story)








