KUALA LUMPUR: Jadual padat menghimpit penghujung kempen 2026 yang menyaksikan gergasi ASEAN, Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul pasukan yang paling 'penat' berbanding dua gergasi dunia dari Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona.
Berdasarkan statistik yang dikongsikan laman asean.football bagi bagi tempoh Oktober hingga Disember 2026, Harimau Selatan mengharungi 18 perlawanan kompetitif sekali gus meletakkan mereka dalam kelompok sepuluh pasukan tersibuk di peringkat global.
Jumlah perlawanan itu jelas mengatasi bebanan kerja yang digalas oleh Real Madrid dan Barcelona yang masing-masing hanya mencatatkan 16 perlawanan sepanjang tempoh tiga bulan berkenaan.
Malah, jumlah 18 perlawanan yang perlu dihadapi skuad bimbingan Xisco Munoz itu turut mengatasi jumlah aksi dua pasukan terkemuka dari Portugal, Porto dan Benfica yang beraksi dalam 16 perlawanan bagi tempoh sama.







%2Ffile%2Fattachments%2F889%2FJoyfulPodcastConversationwithShureMicrophone_857516.png&w=480&output=webp&q=85&we)

