TRIPOLI: Mesir membuka semula kedutaannya di ibu negara Libya semalam selepas 12 tahun ditutup, sekali gus menandakan perubahan hubungan diplomatik dengan pentadbiran yang berpangkalan di barat negara itu.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Mesir, langkah itu mencerminkan perubahan pendirian Kaherah yang sebelum ini menjadi antara penyokong utama komander tentera berpangkalan di timur Libya, Khalifa Haftar, yang bersaing dengan kerajaan di Tripoli.
Mesir menutup kedutaannya di Tripoli pada 2014 ketika beberapa misi diplomatik asing turut menghentikan operasi susulan konflik yang semakin meruncing di negara itu.
Konflik berkenaan menyaksikan kemunculan dua pentadbiran yang saling bersaing, masing-masing berpangkalan di Tripoli dan wilayah timur Libya.









