KUALA LUMPUR: Anak bintang legenda, Uji Rashid iaitu Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau nama pentasnya Cico Harahap, 48, meninggal dunia di Hospital Ampang, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Berita sedih ini dimaklumkan Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez kepada Harian Metro.

Sandakiah berkata, Allahyarham Cico dimasukkan ke hospital terbabit sejak seminggu lalu akibat kesukaran bernafas.

"Pada mulanya, arwah Cico dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), tetapi pada Khamis lalu dipindahkan ke wad biasa.