Kuala Lumpur: Anak kepada artis legenda, Uji Rashid iaitu Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau nama pentasnya Cico Harahap, 48, meninggal dunia di Hospital Ampang, sekitar jam 11 pagi tadi.
Berita sedih ini dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) Sandakiah Azez kepada Harian Metro.
Sandakiah berkata, Allahyarham Cico dimasukkan di sebuah wad hospital terbabit sejak seminggu lalu akibat kesukaran bernafas.
"Mulanya Cico dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), tapi pada Khamis lepas dah dimasukkan ke wad biasa.









