GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta dalam Belanjawan 2027 untuk menyokong syarikat pemula teknologi, memacu pendigitalan dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta memperluaskan penggunaan kecerdasan buatan (AI) merentasi ekonomi di negeri itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata peruntukan itu bertujuan memperkasa ekosistem syarikat pemula teknologi di negeri itu dan membantu perniagaan melaksanakan transformasi digital.

"Dalam Belanjawan 2027 (negeri), kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta untuk Digital Penang, ia akan menyokong syarikat pemula teknologi, membantu perusahaan kecil dan sederhana beralih ke arah pendigitalan, serta memanfaatkan AI merentasi ekonomi kita.