MOSCOW: Kumpulan pakar vaksin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan mengeluarkan syor mengenai varian baharu COVID-19 dikenali sebagai PJ.2.1, Disember depan.

"Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Komposisi Vaksin COVID-19 (TAG-CO-VAC) yang bermesyuarat secara berkala untuk menyemak dan mengemas kini syor berkaitan komposisi vaksin, akan meneliti data mengenai varian PJ.2.1, ST.1 serta SW.2.1 dalam perbincangannya pada Disember 2026," menurut WHO, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Kumpulan itu akan menganalisis maklumat mengenai evolusi genetik dan epidemiologi, selain data berkaitan ciri antigen, imunogenisiti serta keberkesanan vaksin.

Sebelum ini, Pejabat WHO di Russia memaklumkan bahawa risiko penularan varian baharu koronavirus PJ.2.1 di seluruh dunia semakin meningkat.